Saturday 28 August 2010

LELAKI SEBAGAI PEMIMPIN HARUS JUJUR..

Lelaki harus mempunyai kualiti kerana lelaki adalah pemimpin. Lelaki juga harus matang menilai dan membuat keputusan untuk apa jua keadaan. Sama ada perkara tersebut membabitkan dirinya ataupun orng lain, dia harus bersikap matang dan jujur. Namun begitu tidak semua menyedari tanggungjawab besar di bahu seorang lelaki.Ramai yg mengabaikan begitu sahaja.

"Menjadi seorang pemimpin sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga, lelaki harus dan perlu jujur. Kejujuran adalah landasan kpd setiap perbuatan. Kejujuran juga melambangkan sifat seorg yg ikhlas dan amanah dlm apa jua tindakan yg dilakukan.

"Sebagai sorg pemimpim, jgn mencalarkan maruah diri sendiri dgn tindakan yg dilihat tidak matang unutk dilakukan seperti menipu, mempermainkan perasaan dan hati insan lain sewenang -wenangnya," kata USTAZ WAN AKASYAH WAN ABDUL HAMID, penceramah bebas.

Sikap suka hipokrit hanya akan memakan diri sendiri. Apabila semua kebenaran terserlah apa yg tinggal hanyalah malu sendiri. jadi untuk mengelakkan perkara-perkara yg membebankan pada kemudian hari , sikap hipokrit langsung tidak di perlukan. Mungkin dalam sesetengah perkara perangai begitu perlu, tetapi harus mempunyai daya kawalan yg baik untk tidak memakan diri sendiri.

Jgn fikir lelaki mempunyai kuasa untuk lakukan apa sahaja kerana yg maha berkuasa adalah Allah SWT dan manusia hanyalah sekadar hamba-Nya yg menjalankan segala tanggungjawab yg diberikan , USTAZ WAN AKASYAH WAN ABDUL HAMID akhir katanya..



DIPETIK DRPD ... I LUV ISLAM...

No comments:

Post a Comment